Saturday, 18 June 2011

Impian tanpa langkah tidak membawa makna........

money-oh-moneySebagaimana yang dirancang sebelum Ramadhan, minggu ini aku akan memulakan sebuah  kembara meneroka ilmu-ilmu baru. Nampaknya ia akan dimulakan dengan kembara mencari dan mendalami ilmu-ilmu khusus berkenaan Duit. Aku juga telah rancangkan
making your first million
satu hari yang khusus untuk menulis berkenaan dengan “Duit”, iaitu setiap hari Selasa.

Jika mengikut sebagaimana perancangan, aku perlu  menulis sebanyak 52 siri selama setahun. Setahun ada 52 minggu. Oh!..satu jumlah yang membuat aku teruja!. Disasarkan selama setahun akan datang, akan menulis 52 artikel, khusus berkenaan Duit!.

Teringat pula aku pada impian itu.

*********************

Sedang aku meninjau-ninjau rak buku, terpandang pada sebuah buku yang berwarna merah. Buku ini bertajuk“Making Your First Million” Karya Lilian Too, seorang wanita berjiwa besi. Aku membelek bahagian sinopsis di belakang buku tersebut.

“Bicoming a million dollar woman(and men) starts with the mind. A burning desire to get rich, an intense ambition to make it, a focused perspective and a plan of action.

Hardwork and determination, and a solid belief in yourself are all you need to transform a hobby, a skill, an expertise into a flourishing and successful business enterprice.

To get you started on building your own business and making your first million, here is all the advice you will need, written is a simple un-intimidating way…by one of Malaysia’s most admirable career woman. Lilian Too has the distinction of being the first woman in Asia to become CEO of a Bank (The Dao Heng Bank in Hong Kong ). She has also parlayed he professional business skills in to successfully making millions for herself. In the early ninties, she opted out of the corporate world to return to Malaysia, shere she now spends he time writing best selling books and packaging the occasioanal business deal.

In this wonderfully motivating yet practical book, written, she says, to encourage woman (and men) who want to  make their first million, she covers the crucial areas of analyses…spells out the basics of business….explains the mechanics of money management…focuses on the people perspective…identifies the risk areas..and discusses all the key success factors…in the process slicing through the heavy stuff and spotlighting only genuinely cital issues.

Aku cukup tertarik dengan ayat ini, 
“Bicoming a million dollar woman(and men) starts with the mind. A burning desire to get rich, an intense ambition to make it, a focused perspective and a plan of action. 
Hardwork and determination, and a solid belief in yourself are all you need to transform a hobby, a skill, an expertise into a flourishing and successful business enterprice.
“Rupa-rupanya tidaklah sukar untuk mendapatkan idea mencipta sejuta…dengan hobi, minat dan pengalaman sedia ada pun boleh dijadikan modal untuk memulakan kembara mencipta sejuta..”Bisik hatiku

..dan ayat di bawah ini aku amati betul-betul, 
A burning desire to get rich, an intense ambition to make it, a focused perspective and a plan of action. 

Lalu aku semak pada helaian pertama di mana tertera tarikh buku tersebut dibeli.
27/9/2004…Oh!, rupa-rupanya aku juga sudah memiliki “A burning desire to get rich” sejak 5 tahun yang lepas. Malah rasanya lebih awal dari tarikh itu.

Lalu hari ini aku sudah faham mengapa impian itu belum menjadi kenyataan, tidak lain adalah disebabkan oleh diriku sendiri, sebagaimana kata penulis buku tersebut…an intense ambition to make it, a focused perspective and a plan of action.”.
Aku terpaksa mengaku selama ini aku hanya memiliki keinginan, ya….sekadar keinginan sahaja. Bagaimana pula tentang fokus dan  plan tindakan yang terperinci….????.

Untungnya hari ini, aku sudah menyedari hakikatnya, dan insyaAllah, mulai hari ini aku akan melakukan perkara tersebut, iaitu mencipta plan tindakan yang terperinci.

********************

Semalam sewaktu sedang berjalan kaki menuju ke surau untuk bersolat Subuh, tiba-tiba ada satu perasaan datang menerjah..

“Mencipta sejuta tidaklah susah. Aku tidak lagi teruja dengan sejuta itu. “just the matter of time”, sejuta pasti aku miliki, insyaAllah.  Aku lebih teruja untuk membuktikan bahawa dengan menjalankan bisnes dengan etika yang benar juga boleh mencipta sejuta. Tidak perlu berharap pada “cable”. Tidak perlu rasuah  atau menggunakan pelbagai tektik licik  yang tidak jujur. Malah , lebih menarik lagi untuk membuktikan bahawa, lebih tekun beribadat sebenarnya lebih mudah mencipta sejuta. Lebih teruja lagi untuk membuktikan bahawa memiliki sebuah perniagaan berskala besar tidak semestinya menjadi sibuk..! Aku ingin membuktikan kepada siapa? Tentunya kepada diri sendiri. Aku yakin bahawa setiap orang telah ditanamkan potensi kejayaan . Aku ingin meneroka sejauh mungkin segala  potensi kejayaan yang telah Allah tanamkan pada diriku!” . Bisikan ini hinggap di Subuh itu.

Alhamdulillah, aku segera sedar bahawa yang menjanjikan kejayaan bukanlah jenis perniagaan, tetapi adalah orang yang mengusahakan perniagaan itu. Terdapat ribuan jenis perniagaan di dunia ini,  juga di Malaysia. Sudah terhasil ribuan usahawan yang bertaraf jutawan melalui perniagaan yang pelbagai itu. Alhamdulillah, aku juga sudah memilih untuk fokus pada sebuah perniagaan yang sesuai dengan minat dan bakat, sebagaimana kata penulis,
Hardwork and determination, and a solid belief in yourself are all you need to transform a hobby, a skill, an expertise into a flourishing and successful business enterprice.

“Kembara memburu impian ini sungguh manis. Aku sedang menikmati prosesnya. Oh!…bagaimanakah agaknya takdir Allah? “ Bisikku dalam hati

“Ya, Allah, mudahkanlah urusan seterusnya..amin,amin,amin..” Bisikku lagi

Tips untuk jadi jutawan dari Al-quran


Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran
Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Internet Daripada Al-Quran
Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]
Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”
Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.
Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]
Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]
Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.
Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.
Wallahu’alam.